23 May 2010

Siap Sedia ?

Rahsia : pesanan Ibubapanya (cucu kedua)

Hari semakin hari, dijenguk keresahan dalam diri, diaju dan diasak soalan yg sama.. apakah itu PETANDA sudah tiba masanya untuk bersedia ?

Bayi.. satu jasad yang comel, yang ramai menyukainya... maaf, ada yang geli dgn bayi, iaitu dia.dia tak suka bayi, kerana baginya sukar difahami.. dia akui kecomelan bayi tp.. akhir-akhir ini didatangi 3 bayi dalam kamus hidupnya..bayi2 ini berdarah dagingkan dia.. tapi hanya sebahagian sebagai unjuran keturunan saudara-saudara perempuannya...
''kak, geli.. tak mahu pegang.. tak mahu''
'''i will be their bestfriend when they reach 1 years old..hehe'


Tidur malamnya dicuri lenanya kerana bunyi2 rengekan manja si bayi (mana2 satu lah yg menangis).. dia tak kisah untuk mandikan, untuk bancuhkan susu,untuk di cakar atau di gigit lembut oleh gigi2 comel.. tapi tidak untuk memahami konsep kebayian.. dan menjadi ibu.. tapi ada ruang di fikirannya, kenapa aku tak senang duduk untuk terus hanya melihat bayi2 ini, apakah aku juga turut mahu mempunyai seorang ? ah, masakan aku mahu jiwa keremajaan ku di adun dengan keibuan seawal ini, atau wahyu dr Allah melalui bisikan hati, terpesona dgn kejadian Allah. Ya, dia memang akui dia kagum..ciptaan roda hidup yg hebat!! Subhanallah

Nota kasih sayang : Anak-anakku.. tunggu dulu lah di syurga, ibu mu masing riang ceria di bumi sini..mengumpul koleksi pedoman ilmu rumahtangga ! Sempat2 la tu... senyum =) ibu sengih menggaru kepala , alamak!



Kad wangi, nasi minyak, walimah dan kemeriahan.. menjengah lagi, musim kenduri sarat dengan aktiviti sosial bermasyarakat... bukan kali pertama dia hadir di muka bumi yang mengadakan majlis2 tersebut tetapi pada tahun ini ada kelainan..2010.. agak banyak jemputan tertera pada kad dan mel2 elektronik atau manual, namanya! maknanya.. teman2 seperjuangan..sebaya..sedang mengorak langkah mencorakkan pentas seterusnya di arena kehidupan masing2... pantas atau masanya telah tiba atau sedang bermula!



Nota penantian: Perlukan berdebar ? Bila masjid akan di bina? siapa imamnya? pastikah 'dia' ? bagaimana masjid itu nanti? apakah majlis itu seperti majlis binaan sebuah masjid sebagai pusat ibadah atau bertukar menjadi pertunjukan binaan masjid terhebat sergam indah ? Redhakah Tuhannya, makmun2 lainnya masih di syurga... tunggu ya =) Layakkah dijadikan makmun dan diberi anugerah sebagai tuan punya masjid d majlis binaan masjid nanti ? harus melayakkan diri..tapi dia hanya orang BIASA



Melihat ibu ayah,kenalan, teman, sanak saudara punya isteri , suami, bertemu 2 jiwa dalam satu hati, mebuahkan hati (anak) yang mengikat hati lestari, ah begitu mengasyikkan kejadian alam raya ini.. apakah semua hambaNYA sedar .. tidakkah semuanya membiarkan diri khayal dengan keunikan ini ? apakah hanya bg yang celik dgn kanta mata hati ? apakah ia hanya terlintas sekilas dipenjuru fikiran atau untuk tatapan pemikiran insan beriman ?

Bergetarlah wahai hati , diri mu milik siapa ?

0 comments: