13 June 2008

k o n v o i

Pagi yang cerah.. beliau seorang yang aktif,permintaan seorang sahabat menjaga kaunter pendaftaran di sambut tenang dan ceria.mengembirakan orang lain itulah cita-cita beliau apabila mengenali seseorang.alangkah bahagianya seseorang yang dapat merasai kegembiraan bersama beliau,ya beliau si remaja gembira dan bahagia! Tipulah kalau beliau tidak di kenali kerana senyuman bahagianya.

Pagi yang lincah.. beliau bersama seorang teman, membonceng motorsikal,meronda kawasan kampus.mengiku tentative program.sedikit kebosanan pada wajah beliau apabila matahari mulai terik.mujur makanan tengahari di agih awal.percuma.sekali lagi beliau tersenyum.Redha itu lebih baik!
“ Kalaulah peserta di maklumkan agenda pagi in.. tentu lebih seronok…” nada protes –

Terik mentari..
program sebenar hari ini bermula.beliau mengenakan kaca mata hitam.elak pancaran ultraviolet tegas beliau, apa salahnya bergaya sekaligus tampil berkeyakinan..beliau senyum lagi..kalaulah beliau bukan yang di tunggangi..tapi yang membonceng, pasti lebih lebar senyuman puasnya! Tapi beliau sedar, beliau hanya tahu mengendalikan sebuah basikal, paling hebat beca!

Dari wilayah gombak, kampus induk IIUM ke wilayah damansara, kampus para intelek dan bijak pandai bertukar-ukar kefahaman a.k.a INSTAC kemudian menuju terus , ke wilayah Petaling Jaya, kampus matrikulasi IIUM a.k.a CENFOSS (centre of foundation study ) akhirnya kembali ke kampus gombak sebelum matahari terbenam.. beliau tidak pasti berapa kilo jarak tepat perjalanan konvoi tersebut.yang beliau tahu badan beliau lenguh-lenguh keletihan.

Beliau suka berkonvoi. Antara hobi beliau..

0 comments: